SHAH ALAM: "Fokus saya pada masa ini adalah untuk bersama keluarga," itu reaksi bekas Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika ditanya pemberita sama ada beliau sedia berkhidmat sekiranya dipanggil kembali oleh kerajaan Pusat.
Tengku Zafrul berkata, beliau ingin meluangkan masa bersama keluarga kerana mereka telah memberi sokongan dan cukup memahaminya, terutamanya ketika dia bekerja dalam bidang korporat dan juga semasa saya sebagai Menteri Kewangan.
"Kini saya ada masa untuk mereka... fokus saya pada masa ini untuk bersama, habiskan lebih masa dengan keluarga dan kawan-kawan saya," katanya kepada pemberita selepas Program Penyerahan Sumbangan kepada Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) di Pusat Latihan Selangor FC, hari ini.
Turut berkenan berangkat dan menerima sumbangan pada majlis tersebut ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, apa sahaja perancangan yang akan dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas ini seharusnya disokong, kerana beliau percaya Perdana Menteri pastinya akan menolong rakyat dalam mengharungi cabaran COVID-19.
"Saya percaya Perdana Menteri akan membentuk Kabinet yang akan dapat membantu rakyat kita untuk mengharungi cabaran COVID-19.
"Saya percaya apa sahaja yang Perdana Menteri baharu kita akan lakukan, adalah sesuatu yang perlu kita sokong dan kita patut beri sokongan supaya kita sebagai rakyat Malaysia dapat berganding bahu, bekerja bersama-sama memerangi COVID-19," katanya.
Terdahulu sebanyak 1,000 bakul makanan sumbangan Tengku Zafrul bernilai RM80,000 diserahkan kepada YRMS dan ia akan diagihkan antaranya kepada Selangor Youth Community (SAY); Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Persatuan Bolasepak Selangor dan Selangor FC. - BERNAMA
Bernama
Sun Aug 22 2021
![Fokus saya masa ini adalah bersama keluarga - Tengku Zafrul Fokus saya masa ini adalah bersama keluarga - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71629634881_TBRMSELANGORjpg.jpg)
Tengku Amir Shah (kanan) menerima bakul makanan daripada Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai gimik penyerahan sumbangan kepada Yayasan Raja Muda Selangor. Gambar BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710220897_TBTNBjpg.jpg)
Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul juga menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).
![MC13 WTO: Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama, mampan MC13 WTO: Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama, mampan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700470253_Zafrul.jpg)
MC13 WTO: Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama, mampan
Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama dan mampan.
![Dua misi ke Jepun bawa pulang hampir RM30 bilion - Tengku Zafrul Dua misi ke Jepun bawa pulang hampir RM30 bilion - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702969408_TBtengkuzafrulj.jpg)
Dua misi ke Jepun bawa pulang hampir RM30 bilion - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kedua-dua misi ke negara matahari terbit itu telah memperoleh potensi pelaburan berjumlah RM29.6 bilion dan RM2.8 bilion potensi eksport tahun ini.
![Prestasi pelaburan Malaysia lebih baik - Tengku Zafrul Prestasi pelaburan Malaysia lebih baik - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701851376_TBTengkuzafrul.jpg)
Prestasi pelaburan Malaysia lebih baik - Tengku Zafrul
Bagi 2024, MITI sasar peningkatan pelaburan 5%, dengan menyasarkan destinasi pelaburan eksport baharu seperti Afrika dan Amerika Selatan.
![Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik 8 Dis ini Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik 8 Dis ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700607142_motosikalelektrik.jpg)
Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik 8 Dis ini
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik.
![Kadar pelaburan direalisasikan cecah hampir 80 peratus - Tengku Zafrul Kadar pelaburan direalisasikan cecah hampir 80 peratus - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658214497_TengkuZafrul.jpg)
Kadar pelaburan direalisasikan cecah hampir 80 peratus - Tengku Zafrul
Bagi tempoh sama, jumlah pelaburan diluluskan bernilai RM753.9 bilion bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan MIDA.
![Tengku Zafrul teruja bakal terajui BAM Tengku Zafrul teruja bakal terajui BAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691662656_TBtengkuzafrul.jpg)
Tengku Zafrul teruja bakal terajui BAM
Tengku Zafrul berasa rendah diri diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Badminton Malaysia sebagai presiden baharu mulai awal tahun depan.
![MITI akan tubuh jawatankuasa percepat pelaksanaan komitmen FDI, DDI MITI akan tubuh jawatankuasa percepat pelaksanaan komitmen FDI, DDI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694332455_DatukSeriZafrul.jpg)
MITI akan tubuh jawatankuasa percepat pelaksanaan komitmen FDI, DDI
Tengku Zafrul berkata, JTPPP akan melapor secara terus kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri.
![MITI optimis capai sasaran RM63 bilion eksport halal menjelang 2025 - Tengku Zafrul MITI optimis capai sasaran RM63 bilion eksport halal menjelang 2025 - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694505970_TENGKUZAFRUL.jpg)
MITI optimis capai sasaran RM63 bilion eksport halal menjelang 2025 - Tengku Zafrul
MITI kekal optimis dalam mencapai sasaran eksport halal Malaysia sebanyak RM63 bilion menjelang 2025 berdasarkan pencapaian memberangsangkan berjumlah RM60 bilion tahun lepas.
![NIMP 2030 laluan kepada peningkatan selanjutnya perindustrian Malaysia - Tengku Zafrul NIMP 2030 laluan kepada peningkatan selanjutnya perindustrian Malaysia - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693543626_NIMP.jpg)
NIMP 2030 laluan kepada peningkatan selanjutnya perindustrian Malaysia - Tengku Zafrul
Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) menyasarkan untuk membentuk sektor pembuatan yang kukuh dan berdaya tahan, menawarkan manfaat menyeluruh kepada pelbagai pihak berkepentingan.