FMBA gesa PKP lebih ketat, elak kesan ekonomi dan kesihatan lebih buruk
Madiha Abdullah
Mei 20, 2021 23:38 MYT
Mei 20, 2021 23:38 MYT
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) menyeru agar kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat di seluruh negara namun pada masa yang sama turut mengadakan pakej rangsangan pemulihan ekonomi kecemasan.
Dalam satu kenyataan, FMBA berkata antara yang perlu dimasukkan dalam pakej tersebut ialah subsidi upah, subsidi utiliti dan moratorium automatik dengan kadar sifar peratus faedah.
Biarpun sedar negara berhadapan situasi sukar dari aspek ekonomi tetapi kerajaan harus mempertimbangkan pilihan tersebut kerana PKP ketika ini tidak memberi hasil yang diinginkan, kata FMBA..
“Kita boleh membina semula ekonomi, institusi kewangan dan kedudukan sosial kita, tetapi kita tidak mampu untuk terus kehilangan nyawa.
"Tanpa PKP penuh, ekonomi akan jatuh dan sistem kesihatan negara terjejas, sekali gus membawa bencana ekonomi dan kesihatan yang lebih buruk," kenyataan itu menyebut.
FMBA juga menegaskan sudah tiba masa kerajaan menyedari bahawa sekadar pelaksanaan SOP lebih ketat tidak akan membawa perubahan besar.
“Orang kita tidak mahu melakukannya secara sukarela. Kita tidak boleh tunggu rakyat Malaysia jadi matang, jadi kita perlu bertindak,” kenyataan itu menambah.
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#ekonomi
#bantuan kewangan
#FMBA
#Gabungan Persatuan Perniagaan Malaysia
#PKP Penuh
#lebih ketat