Flat Kampung Kerinchi dijilat api
Astro Awani
Oktober 31, 2013 18:21 MYT
Oktober 31, 2013 18:21 MYT
Bangunan flat PKNS di Kampung Kerinchi, dilaporkan terbakar petang tadi dan pihak Bomba dan Penyelamat telah digerakkan ke tempat kejadian sekitar jam 5 petang.
Menurut Timbalan Penguasa Bomba, Azahar Yaacob yang kini berada di lokasi kejadian, kebakaran tersebut melibatkan enam buah rumah di tingkat 17 flat berkenaan.
“Kami menerima panggilan sekitar jam 4.40 petang dimana pihak bomba dan sukarela sudah pun dimaklumkan mengenai kejadian ini. Susulan maklumat akan dimaklumkan kemudian,” kata Azahar.
Setakat ini, punca kebakaran masih belum diketahui dan tiada kecedaraan dilaporkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lembah Pantai Hamid Daud turut memberitahu bahawa setakat ini, kesemua mangsa yang terlibat dalam kejadian ini telah berjaya dikeluarkan.
Sementara itu, pengguna laman media sosial Twitter turut memberi reaksi mereka.