FIZIWOO dan Disney berkolaborasi hasilkan busana tema Maleficent

Saraya Mia
Oktober 16, 2019 18:57 MYT
Hasil kolaborasi unik itu dipentaskan di MBO The Starling Mall, Petaling Jaya sebelum tayangan perdana filem Maleficent: Mistress of Evil, pada Selasa. - Foto Astro AWANI/ Saraya Mia
Jenama fesyen tanah air FIZIWOO buat pertama kali berkolaborasi dengan studio filem antarabangsa Walt Disney untuk mengeluarkan busana bertemakan karakter dari filem Maleficent Mistress of Evil bagi mempromosikan filem itu di negara ini.
Menurut salah seorang pereka jenama tersebut Hafizi Radzi Woo, kolaborasi ini diharap dapat menjadi batu loncatan bagi industri fesyen tanah air untuk ke persada dunia.
“Kolaborasi ini sebahagian daripada strategi kami untuk mengembangkan jenama dan membawa jenama tanah air ke peringkat antarabangsa,” kata Hafizi ketika di temu bual Astro AWANI.
Pada masa sama, Hafizi turut berkongsi cabaran untuk melaksanakan projek bersama Disney ini.
“Sebelum ini kita selalu menghasilkan baju yang praktikal, couture, koleksi pengantin, ready-to-wear dan tiba-tiba diberikan tugasan untuk menghasilkan busana, ini adalah satu tugasan yang agak berat,” tambahnya.
Hasil kolaborasi unik itu dipentaskan di MBO The Starling Mall, Petaling Jaya sebelum tayangan perdana filem Maleficent: Mistress of Evil, pada Selasa.
Filem lakonan Angelina Jolie dan Elle Fanning itu akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia bermula 16 Oktober 2019.
#Angelina Jolie #Astro Awani #Disney #fesyen #filem #Fiziwoo #kolaborasi #Malaysia #Maleficent #Mistress of Evil #Petaling Jaya #sleeping beauty #tanah air #walt disney
;