FFM31 akan diadakan 10 Dis - Finas

Bernama
Oktober 21, 2021 21:45 MYT
Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) akan diadakan pada 10 Dis ini dengan konsep norma baharu.
KUALA LUMPUR: Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) akan diadakan pada 10 Dis ini dengan konsep norma baharu bagi meminimumkan risiko keselamatan dan mengekang penularan COVID-19.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam kenyataan memaklumkan cadangan penganjuran FFM31 dipersetujui pada Mesyuarat Ahli Perbadanan FINAS Bil. 10/2021 yang dipengerusikan oleh Pengerusinya Zakaria Abdul Hamid.
Selain itu, FINAS memaklumkan permohonan baharu bagi Program Peningkatan Kapasiti Kreatif Malaysia (MyCAP) dibuka kepada persatuan industri kreatif pada 22 Okt hingga 21 Nov ini.
-- BERNAMA
#Festival Filem Malaysia #FINAS #FFM #Zakaria Abdul Hamid