Festival Bon Odori Pulau Pinang meriah

Dewi Nur Harasha Alias
Julai 30, 2022 23:36 MYT
Padang Kota Lama mula dipenuhi masyarakat berbilang bangsa sejak petang tadi dengan ada sebahagiannya mengenakan busana kimono dan yukata iaitu pakaian tradisional Jepun. - Gambar/ Bernama
GEORGE TOWN: Festival Bon Odori yang diadakan di Padang Kota Lama, di sini, hari ini meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung.
Kawasan tumpuan pelancong itu mula dipenuhi masyarakat berbilang bangsa sejak petang tadi dengan ada sebahagiannya mengenakan busana kimono dan yukata iaitu pakaian tradisional Jepun.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sambutan Festival Bon Odori adalah bagi meraikan hubungan antara Jepun dan Malaysia yang terjalin sejak sekian lama dan ia dianjurkan di Pulau Pinang bagi memupuk semangat kekeluargaan selain merangsang ekonomi.
Malah penganjuran festival ini juga merancak kembali industri pelancongan negeri dengan kehadiran lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara.
"Setelah dua tahun tidak dianjurkan maka dengan pembukaan ekonomi dan sektor aktiviti tahun ini ia diputuskan diadakan sekali lagi diadakan di Padang Kota Lama dan dijangka akan dapat menarik pengunjung yang ramai.
"Pengunjung dapat merasai pengalaman apa itu Festival Bon Odori di mana ia antara lain adalah acara budaya termasuk pertunjukan tarian dan permainan drum yang membolehkan masyarakat mendekati budaya orang Jepun dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas perasmian Festival Bon Odori Pulau Pinang di Padang Kota Lama, di sini, hari ini.
Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak; Duta Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko; Konsul Jeneral Jepun di Pulau Pinang, Orikasa Hiroyuki; Pengerusi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin dan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.
Sementara itu, Duta Jepun ke Malaysia, Katsuhiko Takahashi dalam ucapannya berkata Festival Bon Odori ke-46 yang diadakan hari ini adalah bukti hubungan dua hala yang mesra yang dinikmati oleh kedua-dua negara.
Katanya, Jepun sangat menghargai kepelbagaian budaya dan toleransi Malaysia. Kepelbagaian dan toleransi itu telah menggerakkan usaha untuk mempromosikan hubungan dua hala dalam semua aspek termasuk Festival Bon Odori ini.
Beliau berharap upacara ini menjadi satu lagi peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan rakyat Jepun dan Malaysia.
Bagi pengunjung Liew Yoong Ern dan ibu serta adik perempuannya sanggup datang dari Ipoh , Perak ke Pulau Pinang untuk melihat suasana sambutan festival Bon Odori kali ini.
Lebih menarik dua beradik itu hadir ke festival tersebut dengan memakai Yukata atau Kimono nipis Jepun iaitu busana tradisi masyarakat Jepun yang dipakai pada musim panas.
Sot : I come here because I want to experience the Japan culture in Malaysia is quite rare right, this is my 1s time it quite interesting and many foods, games,I wear yukata , I felt like a bit Japanese when I’m wearing this experience here in Malaysia..
Super: Liew Yoong Ern/ Pelajar
Festival Bon Odori adalah acara kebudayaan yang memaparkan tarian rakyat Jepun dan ia disambut setiap tahun sebagai acara pada musim panas yang diadakan di setiap daerah di setiap bandar di Jepun.
Pelbagai acara kebudayaan Jepun dipersembahkan pada festival yang dianjurkan selepas dua tahun ia terhenti akibat pandemik Covid-19.
#Bon Odori #pulau pinang #pesta meriah #Ketua Menteri
;