Feri terbakar di Langkawi kes lama

Adie Sufian Zulkefli
Jun 15, 2022 23:21 MYT
Orang ramai dinasihat tidak menularkan gambar dan video lama bagi mengelakkan kekeliruan dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat. - Gambar/ Ihsan pembaca
LANGKAWI: Rakaman video sebuah feri terbakar di perairan Langkawi seperti ditularkan di media sosial hari ini, disahkan kejadian yang sebenarnya berlaku pada tahun 2019.
Pengarah Maritim Kedah/Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, video berdurasi 22 saat yang dimuat naik di satu laman Facebook bukan kejadian yang baru berlaku.
Katanya, syarikat pengendali perkhidmatan feri tersebut juga tidak lagi beroperasi.
“Video tersebut dipercayai sengaja ditularkan semula di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan kesan tindakannya itu terhadap masyarakat terutamanya pemain industri pelancongan di Langkawi.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan gambar dan video lama bagi mengelakkan kekeliruan dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
#feri terbakar #Langkawi #Tular #kes lama
;