Fenomena gerhana matahari: Umat Islam digalakkan solat sunat pagi esok
Mariah Ahmad
Mac 8, 2016 23:18 MYT
Mac 8, 2016 23:18 MYT
Bersempena fenomena gerhana matahari separa esok umat Islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat gerhana matahari secara berjemaah disertai dengan khutbah gerhana.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata gerhana matahari separa akan bermula pada jam 7.24 pagi dan mencapai tahap kemuncak pada jam 8.23 pagi.
"Jakim menyeru semua masjid dan surau supaya dapat mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan mengadakan solat sunat gerhana (kusuf) berserta khutbah gerhana.
"Ibadat sunat ini seharusnya dapat ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang-jarang berlaku," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Berikut adalah panduan solat sunat gerhana daripada Jakim :
Menurut Othman, Jakim melalui Unit Falak dan Masjid Putra, Putrajaya akan menganjurkan solat sunat gerhana matahari pada jam 8 pagi dan aktiviti cerapan dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
"Orang ramai terutama penduduk di kawasan Putrajaya dan kawasan sekitarnya adalah dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi ini serta turut serta menunaikan solat sunat gerhana matahari."
Gerhana dijangka berakhir pada jam 9.30 pagi waktu Malaysia.