Fenomena gerhana matahari separa berlaku esok
Astro Awani
Mac 8, 2016 22:50 MYT
Mac 8, 2016 22:50 MYT
Esok fenomena gerhana matahari penuh akan berlaku di Sumatera, Borneo, Sulawesi dan Lautan Pasifik.
Lintasan bayang umbra bulan ini akan merentasi Indonesia dari Sumatera hingga ke Kepulauan Maluku di timur sebelum ia memasuki kawasan Lautan Pasifik.
Tempoh gerhana matahari penuh pada kali ini ialah empat minit dan sembilan saat dengan magnitud gerhana 1.045.
Namun bagi di Malaysia, peluang menyaksikan fenomena gerhana matahari separa, yang hanya setakat 70 hingga 90 peratus litupan ke atas keseluruhan permukaan matahari.
Fenomena itu bermula pada jam 7.24 pagi dan berakhir pada jam 9.31 pagi dan dapat disaksikan di seluruh negara.
Di ibu negara, misalnya fasa permulaan gerhana adalah pada jam 7.24 pagi dan akan mencapai fasa maksimum pada jam 8.23 pagi sebelum fasa gerhana berakhir pada jam 9.30 pagi.
Berikut adalah jadual waktu fenomena matahari separa di seluruh negara:
NOTA: Saksikan laporan secara langsung gerhana matahari esok bermula jam 8 pagi sehingga 9.30 pagi esok di saluran Astro AWANI 501.
#Borneo
#fenomena gerhana matahari separa akan berlaku di Sumatera
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Sulawesi dan Lautan Pasifik