Fenomena 'awan bergulung' gemparkan penduduk Kulim
Sinar Harian
Oktober 18, 2018 18:21 MYT
Oktober 18, 2018 18:21 MYT
Satu fenomena 'awan bergulung' yang dirakam seorang pengguna Facebook di sekitar daerah ini pagi tadi mengundang pelbagai andaian masyarakat.
Pekerja kilang, Norsahida Abd Kadzir, 31, berkata dia ternampak awan bergulung itu ketika ingin ke tempat kerja di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada jam7.30 pagi tadi.
Menurutnya, ketika itu cuaca mendung dan seperti mahu hujan.
"Ini kejadian pertama kali saya tengok di depan mata, saya tak fikir apa-apa cuma jangkakan hujan akan turun dengan lebat sahaja hari ini," katanya.
Selain itu, penduduk Sungai Kob, Noor Syazila Rusni, 25, berkata fenomena itu adalah kali dua dia menyaksikannya selepas pertama kali pada 20 tahun.
"Ini kali kedua saya nampak fenomena ini. Selalu kalau ada awan seperti ini petanda akan berlaku ribut.
"Memang rasa takut juga bila tengok keadaan awan bergulung seperti itu, rasa gerun tadi pun ada titis hujannya agak kasar bukan seperti biasa,"katanya.
Selain itu, pemandu van Faizul Rizal Hashim, 41, berkata fenomena itu biasa dilihat ketika musim hujan dan akan disusuli dengan hujan lebat.
"Apa pun itu juga adalah kekuasaan ALLAH,"katanya.
Selain itu Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kulim, Mohd Idrus Amir juga tidak terkecuali menyaksikan kejadian itu yang berlangsung selama 30 minit.
"Saya nampak pagi tadi pada jam 7.05 pagi di Seberang Jaya awan putih bergulung dan makin lama semakin panjang.
"Kemudian awan itu bergerak dari arau pulau ke Kulim, cuaca pun ketika itu gelap sahaja. Selepas 30 minit macam itu awan tersebut hilang dan hujan pun turun," katanya.
#awan bergulung
#cuaca mendung
#Faizul Rizal Hashim
#Kulim
#Mohd Idrus Amir
#Noor Syazila Rusni
#Norsahida Abd Kadzir
#Sungai Kob
#Tasik Gelugor