Felda Redong 1 di Segamat, 3 lokaliti di Daro, Sarawak dikena PKPD

Hilmi Malik
Mei 25, 2021 10:54 MYT
Ismail Sabri memaklumkan, berlaku penularan kes COVID-19 yang tinggi melibatkan semua lokaliti terbabit. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR : Felda Redong 1, mukim Labis, Segamat, Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 27 Mei hingga 9 Jun, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 361 ujian saringan dan 67 daripadanya disahkan positif COVID-19.
“KKM juga mendapati kes telah menular ke seluruh lokaliti tersebut dengan kadar kebolehjangkitan masih tinggi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, selain itu, Rumah Panjang Isa Anak Blone, Rumah Panjang Ben Anak Kuleng dan Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gelam di Daro, Sarawak, turut dikenakan PKPD pada tarikh yang sama, berikutan peningkatan kes mendadak di kawasan itu..
"KKM melaporkan terdapat peningkatan kes COVID-19 secara mendadak dalam masa seminggu apabila sebanyak 12 kes positif direkodkan hasil saringan ke atas 153 orang di tiga lokaliti tersebut," katanya.
#PKPD #Felda Redong 1 #Segamat #Rumah panjang #Daro #Sarawak #ismail sabri yaakob #COVID-19 #KKM