Felda lantik Shahrir Abdul Samad sebagai pengerusi

Bernama
Januari 6, 2017 19:08 MYT
Felda melantik Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai pengerusi baharunya. - fotoBERNAMA
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melantik Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebagai pengerusi baharunya selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi kepimpinan badan tersebut.
Shahrir menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi Felda, manakala Mohd Isa akan terus memegang jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd, kata Felda dalam satu kenyataan, disini, hari ini.
"Dibawah penyusunan ini, adanya pembahagian tanggungjawab iaitu terhadap kebajikan dan sosio-ekonomi peneroka, dan perniagaan Felda," kata lembaga tersebut.
-- BERNAMA
#an Sri Mohd Isa Abdul Samad #Felda #Tan Sri Shahrir Abdul Samad
;