Februari pun berlalu... ini imbasan isu gempar yang berlaku

Asyraf Roslan
Mac 1, 2020 17:00 MYT
Ini rangkuman beberapa topik menarik yang berlaku sepanjang Februari - Foto Astro AWANI
SEDAR atau tidak sedar, kita semua sudah selamat menjalani 29 hari dalam bulan Februari sempena tahun lompat ini.
Namun dalam 29 hari itu, pelbagai isu dan insiden yang mengejutkan ramai pihak terutamanya rakyat Malaysia.
Ini adalah ringkasan tentang perkara tumpuan ramai yang berlaku sepanjang bulan Februari 2020.
PELANTIKAN PERDANA MENTERI KE-8
Selepas hampir seminggu rakyat Malaysia berteka-teki siapakah yang bakal menggantikan tempat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan akhirnya pada 29 Februari, Yang di-Pertuan Agong telah perkenan untuk melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8.
Insiden ini berlaku selepas perjumpaan 'gempar' antara pemimpin dan Ahli Parlimen pelbagai parti dari pihak kerajaan dan pembangkang di Hotel Sheraton Petaling Jaya, pada Ahad, 23 Februari.
Lebih menggemparkan ialah apabila Tun Dr Mahathir meletakkan jawatanya sebagai Perdana Menteri dan juga Pengerusi Bersatu pada Isnin, 24 Februari.
Selepas dua hari meletakkan jawatan, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil di sebuah siaran dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia sekiranya peletakan jawatanya pada Isnin lalu merupakan satu tindakan yang salah.
BACA: Mesyuarat 'kopi-kopi' di Hotel Sheraton, semua pemimpin kunci mulut
BACA: 'Saya mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia' - Tun M
BACA: #Malaysia2020: Bidang kuasa Agong dalam menentukan kedudukan PM, Kabinet
PERGINYA SELEBRITI YANG DISAYANGI
Kita bukan sahaja dikejutkan dengan berita politik namun Malaysia turut dikejutkan dengan pemergian dua selebriti tanah air iaitu Abam dan Ashraf Sinclair.
Pelawak popular Abam, yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada Isnin, 10 Februari.
Beberapa hari selepas pemergian Abam, Malaysia dikejutkan pula dengan berita pelakon dan pengacara Ashraf Sinclair yang pergi menghadap Ilahi.
Suami kepada penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari itu meninggal dunia pada awal pagi Selasa akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia pada Selasa, 18 Februari.
BACA: Pelawak Abam Bocey meninggal dunia
BACA: Ashraf Sinclair meninggal dunia
WABAK COVID-19 MASIH MENULAR
Masuk bulan ketiga untuk tahun ini, statistik menunjukkan wabak COVID-19 yang bermula di wilayah Wuhan, China pada akhir tahun lalu telah meragut hampir 3000 nyawa dan 80,000 menjadi mangsa wabak itu hampir di seluruh dunia.
Namun menjelang penghujung bulan, tatkala di China menunjukkan sedikit penurunan, wabak itu mula merebak dengan cepat di beberapa buah negara seperti Itali, Korea Selatan dan Iran.
BACA : COVID-19: Malaysia hubungi Kemboja, perjelas kes penumpang kapal persiaran Westerdam
BACA : COVID-19 menular ke barat dunia, Iran dan Itali dilanda selesema
BACA: Tarik nafas anda, Januari sudah berlalu
#Abam Bocey #Ashraf Sinclair #China #COVID-19 #Iran #Korea Selatan #Malaysia #Malaysia 2020 #Perdana Menteri #Yang di-Pertuan Agong
;