FB Kementerian Wilayah Persekutuan mohon maaf, singgung netizen
Sinar Harian
September 24, 2019 13:04 MYT
September 24, 2019 13:04 MYT
Pengendali Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan malam tadi memohon maaf kepada netizen setelah memuat naik satu hantaran mengenai rumah paku yang menyinggung perasaan orang ramai.
Menurut pengendalinya, perkara berkenaan tidak disengajakan.
"Admin benar-benar mohon maaf di atas posting mengenai Rumah Paku yang menyinggung perasaan warganet.
"Perkara ini amat tidak disengajakan dan berharap ia tidak dipanjangkan lagi. Posting tersebut tidak berniat apa-apa," kata pengendali Facebook rasmi Kementerian Wilayah Persekutuan.
Hantaran Rumah Paku itu kemudiannya dipadam.
Sebelum itu, pengendali Facebook berkenaan memuat naik hantaran mengenai Rumah Paku yang merujuk kepada rumah yang enggan dirobohkan pemiliknya di tengah projek pembangunan.
Ramai netizen menganggap hantaran tersebut bertujuan menyindir penduduk Kampung Baru yang menolak tawaran kerajaan untuk pembelian tanah mereka sekaligus mengguris perasaan penduduk di kawasan berkenaan.
#Facebook
#hantaran
#Kampung Baru
#Kementerian Wilayah Persekutuan
#kerajaan
#menyinggung perasaan
#mohon maaf
#muat naik
#netizen
#projek pembangunan
#roboh
#rumah
#Rumah Paku