Fatimah kecewa kejadian rogol remaja bawah umur berlaku di lokap tahanan polis

Afiezul Samit
Januari 17, 2021 18:22 MYT
KUCHING: Kejadian rogol remaja bawah umur di lokap tahanan Balai Polis Miri pada 9 Januari lalu disifatkan satu tindakan yang mengejutkan.
Sambil melahirkan rasa kecewa dengan kejadian itu, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah turut terkejut kejadian itu boleh berlaku di balai polis.
"Ada dua jenayah iaitu jenayah merogol gadis 16 tahun dan merogol di dalam lokap polis. Apa pun, saya lega kerana isu ini telah diambil tindakan dengan segera," katanya.
BACA: Tahanan dirogol di dalam lokap, dua anggota polis Miri digantung tugas
Suspek telah didakwa dan mengaku bersalah di mahkamah pada 12 Januari lalu, iaitu pada hari ketiga jenayah dilakukan.
Kata Fatimah lagi, siasatan kini perlu dilaksanakan secara tegas dan telus untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap institusi keselamatan.
Oleh kerana ketika jenayah tersebut dilakukan, suspek masih dalam lokap polis, siasatan perlu dilakukan tanpa rasa takut dan pilih kasih.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, dua anggota yang bertugas di balai tersebut telah digantung tugas, dan disiasat kerana cuai.
Pihaknya juga sedang melaksanakan siasatan dalam bagaimana jenayah seperti ini terjadi.
#Rogol remaja bawah umur #lokap Balai Polis Miri #Fatimah Abdullah #Sarawak #Menteri Kebajikan Sarawak #anggota polis
;