Fathul Bari minta UMNO beri portfolio yang bersesuaian kepada ulama
Rahimah Abdullah
Disember 6, 2013 08:17 MYT
Disember 6, 2013 08:17 MYT
UMNO disarankan supaya memberikan portfolio yang bersesuaian kepada golongan agamawan yang menyertai parti itu, kata Exco Pemuda, Dr Fathul Bari Mat Jahya.
Fathul Bari berkata perkara itu penting untuk dilaksanakan bagi mengelakkan golongan tersebut dilihat hanya sekadar penumpang dalam parti.
Katanya kewujudan portfolio tertentu akan membantu ulama memahami dengan jelas peranan mereka dalam usaha bersama UMNO memartabat agama, bangsa dan negara.
"Harapan saya ilmuan yang sertai UMNO apatah lagi MT harap dapat diberi protfolio yang jelas supaya tak dilihat pelengkap semata. sebaliknya lihat apa tujuan mereka yang bersama UMNO, baru rakyat rasai kewujudan ulama," katanya .
Beliau berkata demikian ketika menyokong usul ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut memuji usaha menjadikan UMNO lebih inklusif dengan memberi ruang kepada ulama.
Selain itu, Fathul Bari, yang juga Penasihat Eksekutif Jawatankuasa Himpunan Ulama muda turut menyarankan penubuhan satu institusi khas menangani penyebaran hadis palsu.
Sebagai anak muda, beliau juga mencadangkan peranan mahasiswa dipertingkatkan dengan turut sama menyumbang idea kreatif bagi pengukuhan parti.