Fasiliti di bawah hak kuasa Taman-Taman Sabah ditutup sehingga 31 Mac

Ruzaini Zulkepli
Mac 17, 2020 18:12 MYT
Kesemua fasiliti membabitkan gunung serta pulau di bawah pentadbiran TTS akan ditutup. - Gambar fail
Fasiliti di Gunung Kinabalu dan pulau melibatkan hak kuasa Taman-Taman Sabah (TTS) akan ditutup sehingga 31 Mac hadapan.
Langkah itu sejajar dengan keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, bermula esok (Rabu, 18 Mac).
Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Dr Jamili Nais ketika dihubungi berkata, kesemua fasiliti membabitkan gunung serta pulau di bawah pentadbiran TTS akan ditutup.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) negeri, Augustine Tuuga berkata, unit penguatkuasaan pihaknya akan terus menjalankan operasi di beberapa lokasi sekitar negeri untuk menangani pemburuan haram dan aktiviti lain.
Bagaimanapun menurutnya, Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Pusat Konservatif Beruanh Matahari Borneo di Gumantong, Sandakan dan Taman Hidupan Liar Lok Kawi, ditutup sehingga 31 Mac depan.
"Hanya kakitangan yang dibenarkan untuk melakukan aktiviti membersih dan memberi makanan kepada haiwan di taman berkenaan," katanya.
#alam sekitar #fasiliti #Gunung Kinabalu #Jamili Nais #kemudahan #pelancongan #perintah kawalan pergerakan #pulau #taman-taman sabah
;