Farid Kamil dipenjara 9 bulan
Astro Awani
Mei 15, 2019 14:33 MYT
Mei 15, 2019 14:33 MYT
ARTIS terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu atas kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu.
Portal Berita Harian melaporkan, hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Farid, 38, memilih berdiam diri sedangkan tertuduh sepatutnya tampil untuk membela diri.
Nor Ariffin turut memerintahkan tertuduh berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.
“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah,” katanya.
Dalam prosiding itu, mahkamah juga tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.
Serentak itu Farid Kamil dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara itu diperintah bermula tarikh sabitan iaitu hari ini.