Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi amaran kepada peniaga yang cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan cara menipu kualiti buah-buahan bermusim yang dijual.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak berkata para peniaga yang melakukan kesalahan berkenaan tertakluk di bawah Peraturan Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan (3P) 2008 serta bukan sahaja boleh disaman tetapi berdepan tindakan mahkamah.
"FAMA memandang serius sikap segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab menipu pembeli dalam penjualan buah-buahan yang bermusim terutamanya mempelam harumanis.
"Jangan disebabkan buah-buahan itu mendapat permintaan tinggi kerana ada pada musim tertentu sahaja membuatkan peniaga sanggup menjual buah yang tidak berkualiti, yang belum matang, rosak dan sebagainya," katanya.
Ahmad bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kontrak Pemasaran Mangga, Rock Melon dan Buah-buahan Bermusim antara wakil pengusaha buah-buahan berkenaan dengan FAMA di Kampung Padang Asam, Chuping di sini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ahmad Bakri Ali dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Chuping, Asmaiza Ahmad.
Sehubungan itu katanya, FAMA melancarkan operasi pemeriksaan secara menyeluruh melibatkan gerai-gerai dan di pasar raya-pasar raya yang ada menjual buah-buahan berkenaan bagi mengekang sebarang penipuan dan kesalahan dalam penjualan.
Sementara itu, Ahmad Bakri berkata nilai jualan mempelam harumanis Perlis tahun ini dianggarkan mencecah RM55 juta dengan pengeluaran buah sebanyak 2,150 tan metrik.
Katanya, anggaran tersebut berdasar kepada harga lantai RM26 sekilogram tetapi ada pemilik dusun yang menjual mempelam harumanis mereka hingga RM30 ke RM42 sekilogram.
"Nilai jualan tersebut jauh melebihi nilai jualan tahun lepas yang hanya berjumlah RM17 juta, dengan pengeluaran sebanyak 780 tan metrik sahaja.
"Setakat ini terdapat seluas 1,037 hektar kawasan ditanam harumanis di Perlis melibatkan lebih 1,000 pengusaha di bawah pengendalian Jabatan Pertanian negeri dan pengusaha perseorangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2017
![FAMA beri amaran ambil tindakan undang-undang kepada peniaga buah yang menipu FAMA beri amaran ambil tindakan undang-undang kepada peniaga buah yang menipu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/81477580833_BuahBuahanTempatan.jpg)
FAMA memandang serius sikap segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab menipu pembeli dalam penjualan buah-buahan yang bermusim. - Gambar hiasan/Bernama
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![7 tip 'pujuk' anak suka makan buah-buahan 7 tip 'pujuk' anak suka makan buah-buahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61629498361_Buahbuahan.jpg)
7 tip 'pujuk' anak suka makan buah-buahan
Ikuti perkongsian Dr Mazliana Mazlan cara membiasakan anak-anak pilih buah-buahan dan tidak makan makanan yang tak sihat.
![Lang Agro Park tawar pengalaman petik sendiri sayur, buah-buahan segar Lang Agro Park tawar pengalaman petik sendiri sayur, buah-buahan segar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51614498123_LangAgroPark.jpg)
Lang Agro Park tawar pengalaman petik sendiri sayur, buah-buahan segar
Ladang berkeluasan 2.4 hektar itu kini mendapat sambutan penduduk sekitar pulau ini untuk mendapatkan sayuran serta buah-buahan segar.
![5 cara elak terlebih makan semasa Aidilfitri 5 cara elak terlebih makan semasa Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71528982997_JuadahRaya.jpg)
5 cara elak terlebih makan semasa Aidilfitri
Kesihatan yang terjaga selama sebulan berpuasa, tidak wajar digadaikan begitu sahaja.
![Berpuasa, tapi tak turun berat badan? Ini antara sebabnya ... Berpuasa, tapi tak turun berat badan? Ini antara sebabnya ...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61435289860_RAMADANBUFFET.jpg)
Berpuasa, tapi tak turun berat badan? Ini antara sebabnya ...
Sudah lebih separuh bulan berpuasa, adakah iltizam anda untuk turunkan berat badan tercapai?
![Bayi kepada ibu bapa 'vegetarian' mati kelaparan Bayi kepada ibu bapa 'vegetarian' mati kelaparan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71480510256_babyfoot.jpg)
Bayi kepada ibu bapa 'vegetarian' mati kelaparan
Seorang bayi lelaki berusia 18 bulan mati akibat kelaparan selepas ibu bapanya yang merupakan 'vegetarian' tidak memberikannya makanan selain buah-buahan dan sayur-sayuran.
![Daging babi dan buaya antara dirampas MAQIS Perak di LTSAS Daging babi dan buaya antara dirampas MAQIS Perak di LTSAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81572343765_TBdagingbabijpg.jpg)
Daging babi dan buaya antara dirampas MAQIS Perak di LTSAS
Pengarah MAQIS Perak berkata, produk-produk itu cuba dibawa masuk oleh penumpang-penumpang walaupun larangan telah dikeluarkan oleh MAQIS.
![MARDI hasrat jadikan Johor hab pengeluaran produk klon berkualiti MARDI hasrat jadikan Johor hab pengeluaran produk klon berkualiti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51570160793_MalaysianFruits.jpg)
MARDI hasrat jadikan Johor hab pengeluaran produk klon berkualiti
Antara produk klon berkualiti yang akan dikomersialkan termasuk Rambutan Mutiara Merah dan Mutiara Wangi, Belimbing Bintang Emas dan Durian MDUR 88.
![FAMA sasar kurangkan jurang import sayuran dan buah-buahan FAMA sasar kurangkan jurang import sayuran dan buah-buahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/61570282949_fama.jpg)
FAMA sasar kurangkan jurang import sayuran dan buah-buahan
Pendekatan tersebut dilihat berkesan dalam usaha untuk menjimatkan pengaliran wang ke luar negara yang meningkat setiap tahun.
![Perut buncit? Ini petua gaya hidup sihat pada usia emas Perut buncit? Ini petua gaya hidup sihat pada usia emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/71492131453_MalaysianFruits.jpg)
Perut buncit? Ini petua gaya hidup sihat pada usia emas
Gaya hidup sihat perlu dimulakan lebih awal memandangkan kadar metabolisme akan mula menurun seawal usia 30-an.
![Penuaan Berjaya: Puasa, makan ulam raja boleh panjang umur? Penuaan Berjaya: Puasa, makan ulam raja boleh panjang umur?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41568000733_Puasamakanulamra.jpg)
Penuaan Berjaya: Puasa, makan ulam raja boleh panjang umur?
Warga emas yang berjaya dari segi pemakanan disebabkan mereka kerap berpuasa termasuk amalan puasa sunat dan juga mengambil banyak sayur-sayuran, buah-buahan serta ulam-ulaman.