Fakta menarik penyelesaian isu petroleum antara Sarawak-Petronas
Astro Awani
Mei 10, 2020 08:30 MYT
Mei 10, 2020 08:30 MYT
Persetujuan kedua-dua pihak ini turut menyaksikan beberapa perkara utama melibatkan konflik kedua-dua pihak berjaya dicapai seterusnya dipersetujui. FOTO: Astro AWANI
Isu cukai jualan petroleum melibatkan kerajaan negeri Sarawak dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akhirnya selesai.
Ia selepas Petronas akhirnya bersetuju membayar penuh cukai jualan dikenakan ke atas produk petroleum bagi tahun 2019 berjumlah RM2 bilion iaitu pada kadar 5 peratus daripada nilai jualan produk tersebut kepada kerajaan negeri Sarawak.
Persetujuan kedua-dua pihak ini turut menyaksikan beberapa perkara utama melibatkan ‘konflik’ kedua-dua pihak berjaya dicapai seterusnya dipersetujui. Antaranya:
- Kedua-dua pihak bersetuju bahawa cukai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas produk petroleum yang diperuntukkan di bawah Cukai Jualan Negeri dikenakan pada kadar lebih rendah secara bertempoh berdasarkan rundingan yang akan diadakan kelak.
Tarikh ini menyaksikan kerajaan negeri Sarawak tampil menggesa Petronas supaya tidak melengahkan bayaran Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas produk petroleum negeri itu.
Ini kerana pada 13 Mac, Mahkamah Tinggi Kuching menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan Petronas berhubung hak Kerajaan Sarawak dalam mengenakan Cukai Jualan Negeri (SST) sebanyak 5 peratus terhadap hasil minyak dan gas yang dieksport dari negeri itu.
Biarpun ‘kemelut’ di antara dua pihak ini selesai, ia tidak akan mengubah peranan Petronas sebagai syarikat minyak negara yang mempunyai kuasa penuh mengawal selia seluruh pembangunan industri minyak dan gas di negara ini, selaras dengan perlembagaan Persekutuan.
#Cukai Jualan Negeri
#Ketua Menteri Sarawak
#Mahkamah Tinggi KUching
#minyak dan gas
#Order 2018
#Perdana Menteri
#Petronas
#Sarawak
#SST