Fakta menarik anda perlu tahu tentang Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Raja Hisyam Raja Zaid
Mei 1, 2020 18:00 MYT
Noor Hisham dianggap wira negara dalam menangani COVID-19
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merupakan figura yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia selepas menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang dalam menangani krisis COVID-19 yang melanda bukan sahaja Malaysia malah dunia.
Ini beberapa fakta yang perlu anda tahu mengenai Dr Noor Hisham:
1- Dilahirkan dengan nama asalnya Yew Ming Seong di Sepang, Selangor pada 21 April 1963 dalam sebuah keluarga miskin berbangsa Cina;
2- Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM);
3- Menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan pada bulan Ogos 1988;
4- Kepakarannya adalah dalam kanser endokrin payudara dan beliau memberikan kepemimpinan dalam pelbagai pembelajaran dan program jangkauan kesihatan yang inovatif untuk semua Malaysia;
5- Pada Ogos 2017, dia telah dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Eksekutif Komuniti Pakar Bedah Antarabangsa (ISS) selama lima tahun (2017–2019, 2019–2021;
6- Pada 3 April 2020, Noor Hisham Abdullah terpilih untuk menyertai Gabungan Penyelidikan Klinikal COVID-19 dalam usaha memerangi penyakit itu di tahap yang lebih tinggi;
7- Dia juga dinamakan sebagai 'Manusia Paling Popular' oleh syarikat penerbitan, Sinar Harian dalam sebuah rencana pada 5 April 2020.
Kini, dia masih lagi diberi kepercayaan mengetua pasukan kesihatan negara dalam menangani krisis pandemik COVID-19 dan muncul setiap hari di kaca televisyen bagi memberikan perkembangan semasa berhubung wabak itu.
#Cina #Dr Noor Hisham Abdullah #keluarga #kesihatan #koronavirus #majlis tertinggi #Malaysia #Noor Hisham Abdullah #perubatan #rakyat #rakyat Malaysia #Sepang
;