Faizal Tahir jawab dakwaan penyebaran foto bogel
Astro Awani
Ogos 2, 2019 23:06 MYT
Ogos 2, 2019 23:06 MYT
TERPALIT dengan dakwaan penyebaran foto lucah peribadi, penyanyi terkenal, Faizal Tahir menyerahkan pada netizen untuk membuat pertimbangan.
Tanpa menafi atau mengesahkan foto bogel yang tular di media sosial itu, penyanyi yang baru saja melancarkan album terbaharunya, Rojak menegaskan, dakwaan sedemikian hanyalah cubaan pihak tertentu untuk mengganggu keamanan rumah tangganya.
Faizal atau nama sebenarnya, Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 41, berkata, tiada sebab untuk dia menjawab dakwaan tidak berasas itu.
"Kalau ini percubaan orang untuk kacau rumah tangga saya, saya doakan baik-baik untuk dia. Rumah tangga saya bahagia.
"Saya rasa, saya tidak perlu untuk menjawab apa-apa kerana tiada siapa yang boleh mengadili diri saya. Hanya isteri dan Allah sahaja yang tahu," katanya seperti dilaporkan portal berita Kosmo! Online pada Jumaat.
Sebelum ini, media sosial dibanjiri dengan perbincangan dan pertanyaan kesahihan foto bogel mirip penyanyi itu yang tular.
Menurut Faizal yang kini popular dengan lagu Ratu, ada lebih banyak hal baik yang wajar dikongsi dengan masyarakat berbanding isu itu.
"Kalau anda merasakan gambar itu adalah saya, nikmatilah," katanya.