Faisal Halim jalani pembedahan jam 5 petang

Sinar Harian
Mei 7, 2024 16:15 MYT
Faisal juga berada dalam keadaan sedar, namun kecederaan pada badannya agak kritikal. - Gambar fail
PEMAIN sayap kebangsaan, Faisal Halim akan menjalani satu lagi pembedahan pada jam 5 petang ini.
Perkara itu dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Johan Kamal Hamidon ketika melawat Faisal di hospital pada Selasa.
Menurutnya, Faisal juga berada dalam keadaan sedar, namun kecederaan pada badannya agak kritikal.
Johan juga memberitahu, sejenis ubat khas dari Australia juga akan diberikan kepada Faisal untuk membantu memulihkan kecederaan melecurnya itu.
"Keadaan kecederaannya agak teruk dan serius. Dia dalam keadaan sedar tapi badan dia memang sangat teruk.
"Asid yang disimbah kepada Faisal adalah asid sulfurik pekat," katanya kepada Sukan Sinar.
Faisal ketika ini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam susulan disimbah asid pada Ahad.
Dia mengalami kelecuran tahap empat dan akan menjalani beberapa pembedahan lagi. - Sinar Harian
#Faisal Halim #Pembedahan #asid sulfurik pekat #serangan asid
;