Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie

Bernama
Disember 12, 2024 11:30 MYT
Hakimie Amrie Hisamudin meninggal dunia pada usia 30 tahun semalam. - Foto X Fahmi
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie Hisamudin, yang meninggal dunia pada usia 30 tahun, semalam.
Fahmi menerusi hantaran di Facebook hari ini menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
“Allahyarham juga pernah berkhidmat dengan FMT. Takziah kepada seluruh anggota keluarga dan sahabat handai Allahyarham.
“Saya doakan agar kekal tabah dan sabar berdepan ujian dan kehilangan ini. Al-Fatihah,” katanya.

Dunia kewartawanan menerima satu lagi khabar sedih semalam. Wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie bin Hisamudin telah meninggal dunia pada usia 30 tahun. Allahyarham juga pernah berkhidmat dengan FMT, dan dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited, serta berdedikasi. pic.twitter.com/SShu0ggUXH

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) December 12, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#Fahmi Fadzil #ucapan takziah #wartawan #Hakimie Amrie Hisamudin
;