KUALA LUMPUR: Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata berdasarkan perbincangan bersama beberapa pihak termasuk Cybersecurity Malaysia, pangkalan data utama itu tidak mempunyai apa-apa masalah kebocoran data.
"Ada beberapa pihak yang cuba memainkan seolah-olah sistem itu telah dibolosi... itu jauh dari kebenaran dan ini telah disahkan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli...kerajaan jamin keselamatan data.
"Insya-Allah data itu selamat, pihak Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malysia, Jabatan Perlindungan Data Peribadi, sebahagian daripada pasukan yang memastikan aspek keselamatan data dan keselamatan siber," katanya ketika ditemui selepas menunaikan Solat Jumaat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Masjid Negara di sini hari ini.
Sebelum ini, Rafizi menafikan sistem PADU digodam berikutan dakwaan kumpulan penggodam dikenali sebagai R00TK1T telah mencuri data Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan turut menggalakkan orang ramai untuk mendaftar dalam sistem berkenaan dan turut menjemput orang ramai untuk tidak melepaskan peluang menghadiri Program MADANI Rakyat Zon Tengah bertempat di Kompleks Sukan Kuala Selangor, yang sedang berlangsung hingga Ahad.
"Saya lihat ini program yang cukup baik untuk semua, termasuklah sekiranya ada sesiapa yang hadapi apa-apa kesukaran ingin mendaftar PADU, pihak DOSM (Jabatan Perangkaan Malaysia) akan membuka kaunter dan boleh bertemu buat pendaftaran ataupun bertanyakan apa-apa soalan kepada pihak DOSM," katanya.
Terdahulu Fahmi pada hari ini turut menghadiri makan tengah hari bersama Perdana Menteri di sebuah restoran di sini, bersama bekas pemain pasukan All Black Sonny Bill Williams.
Fahmi berkata, pada makan tengah hari itu Anwar dan Williams sempat berbincang dan bertukar pandangan mengenai beberapa perkara yang boleh diusahakan secara bersama, berkait kemajuan sukan dan pendidikan.
"Ini peluang yang cukup baik dan insya-Allah akan disusuli dengan beberapa pihak...ia kunjungan baik dan saya berharap akan mengukuhkan bukan hanya persahabatan, tetapi juga beberapa peluang, termasuk ragbi dan isu dakwah Islamiah dan ukhwah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 23 2024

Fahmi berkata berdasarkan perbincangan bersama beberapa pihak termasuk Cybersecurity Malaysia, pangkalan data utama itu tidak mempunyai apa-apa masalah kebocoran data. -Gambar fail/Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.

Kerajaan akan guna PADU rangka RMK13 - Hanifah
Kerajaan akan menggunakan data dalam PADU sebagai input untuk merangka dasar dan hala tuju pembangunan sosioekonomi dalam RMK13 yang akan bermula 2026 hingga 2030.

Mekanisme penyasaran subsidi RON95 guna data PADU sepenuhnya - Kementerian Ekonomi
Menurut kementerian itu, sistem PADU adalah repositori data individu serta isi rumah warganegara dan pemastautin tetap yang berada di Malaysia.

Budi Madani dibangunkan guna kepakaran dalaman, pegawai kerajaan
Tidak wujud isu menggunakan tender terbuka atau tidak memandangkan sistem tersebut menggunakan infrastruktur sedia ada.

Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi
Kerajaan akan menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi pelbagai keperluan fungsian yang dibangunkan oleh pelbagai agensi.

PRK Sungai Bakap: Cikgu Joohari guna pendekatan "PADU" dekati pengundi
Calon PH mewakili Kerajaan Perpaduan Joohari Ariffin akan mengetengahkan pendekatan "PADU" bagi mendekati pengundi sepanjang gerak kerja kempen PRK Sungai Bakap.

Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.

Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.

Pendaftar PADU masih boleh hantar maklumat yang belum lengkap
Antara maklumat yang belum lengkap diisi ialah pengenalan diri (gagal pengesahan identiti).