Fahami data, elak merana dalam kesesakan

Shafizan Johari
Jun 23, 2017 13:28 MYT
Begitupun masih sukar untuk menjangkakan trend aliran trafik setiap kali menjelang Syawal. - Gambar fail
WARGA kota mula perjalanan ke kampung halaman hari ini, terutamanya selepas tamat waktu bekerja.
Begitupun masih sukar untuk menjangkakan trend aliran trafik menjelang Syawal.
Bagaimanapun mungkin data trafik tahun terdahulu dapat membantu anda membuat ramalan perjalanan pulang ke kampung hari ini.
Untuk itu Astro AWANI bekerjasama dengan start-up tempatan, Katsana untuk memahami pergerakan trafik sempena Aidilfitri tahun ini.
Data tahun lalu menunjukkan trafik di lebuh raya PLUS arah Utara masih sesak dengan kenderaan yang kebanyakannya balik pada saat akhir.
Pengguna yang mahu mengelakkan kesesakan di Lebuh Raya PLUS boleh memilih untuk memulakan perjalanan sekitar 12 tengah malam hingga 10 pagi
Kesesakan lalu lintas dalam bandar Kuala Lumpur semakin reda, kerana warga kota sudah mula bergerak balik ke kampung.
Keadaan trafik di Lebuhraya Pantai Timur tidak begitu sesak antara jam 6 petang hingga 6 pagi.
Juga tompok merah dilihat di beberapa bandar seperti Melaka, Segamat & Seremban, sehari sebelum raya tahun lalu, mungkin ramai yang keluar membeli belah saat akhir.
#aliran trafik #KATSANA #PLUS #syawal
;