F&N lancar produk baharu sempena ulang tahun ke-135

Asyraf Roslan
Disember 5, 2018 17:50 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif F&N, Lim Yew Hoe merasmikan Fiesta Ulang Tahun F&N yang ke-135 - Asyraf Roslan / Astro AWANI
Syarikat pengeluar susu sejat dan minuman berkabonat, Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) menyambut ulang tahunnya yang ke-135.
Sebagai menterjemahkan rasa terima kasih pada pengguna atas sokongan yang berterusan, syarikat berkenaan menganjurkan Fiesta ulang tahun ke-135.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif F&N, Lim Yew Hoe, Fiesta ulang tahun ke-135 juga bertujuan memberi ganjaran kepada pengguna.
"Ulang tahun F&N yang ke-135 memfokuskan untuk memberi ganjaran dan penghargaan kepada pengguna kami atas sokongan mereka yang tidak terhingga sejak 135 tahun lalu.
"Kami berharap ia akan mencerminkan moto kami iaitu keseronokan yang tulen dan kebaikan yang tulen dengan berkongsi pengalaman penuh melalui pelbagai aspek jenama kami iaitu penghidratan, kepuasan, kebaikan, dan tenusu," katanya ketika majlis pelancaran Fiesta ulang tahun ke-135 F&N.
Sempena sambutan itu juga, F&N melancarkan produk inovatif terbaharunya iaitu Milk Stick dan Squeez Tube.
Produk terbaru F&N itu direka cipta dan dibungkus dengan rapi untuk kenikmatan semua pengguna dan hadir dengan tiga perisa iaitu susu penuh, strawberry dan coklat selain kaya dengan kalsium dan vitamin A, vitamin B1,vitamin D3 dan sumber protein yang tinggi.
Sementara itu, Fiesta ulang tahun F&N ke-135 yang bermula hari ini sehingga 9 Disember berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan antaranya demo masakan, demo teh tarik F&N, persembahan artis serta ramah mesra bersama Datuk Lee Chong Wei dan Khairul Hafiz Jantan.
#135 Tahun #F&N #Milk Stick #Squeez Tube
;