Ezam: Saya mahu pertahankan negara dari agenda jahat Zionis

Bernama
Ogos 26, 2013 05:52 MYT
Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara di sini bagi penggal kedua.
Upacara angkat sumpah disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.
Kali pertama Ezam, 46, bekas Ketua Angkatan Muda PKR, mengangkat sumpah sebagai senator pada 3 Mei 2010.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Ezam keluar daripada PKR dan kembali ke pangkuan Umno pada 2008.
Ezam ketika ditemui berkata beliau akan membawa isu mempertahankan negara daripada agenda jahat zionis pada sesi Dewan Negara.
#Dewan Negara #Mohamad Ezam Mohd Nor