"An Evening with Friends of Malaysia" usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS
Irwan Muhammad Zain
Ogos 20, 2023 15:17 MYT
Ogos 20, 2023 15:17 MYT
DUTA Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menjadi tuan rumah kepada beberapa orang kenamaan di Washington DC pada 15 Ogos lalu.
Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Antara yang hadir ialah bekas duta muhibah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco), Esther Coopersmith.
Coopersmith merupakan tokoh terkemuka dalam kalangan diplomatik awam Amerika Syarikat kerana pengalaman luasnya sejak pentadbiran Presiden Amerika Syarikat ke-33, Harry Truman.
Acara yang digelar “An Evening with Friends of Malaysia” itu juga diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-66 hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang kerjasamanya di bawah Perkongsian Komprehensif Malaysia-AS juga akan memasuki tahun ke-10 pada 2024.
Tetamu dihidangkan dengan Nasi Dagang Terengganu dan pertunjukan menyediakan Teh Tarik diadakan selain acara hiburan oleh Kabir Khan.
Lebih daripada jemputan peribadi daripada Mohamed Nazri dan isterinya, Datin Seri Haflin, pihak kedutaan berkata acara itu juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan lagi hubungan diplomatik dan ekonomi Malaysia dengan Amerika Syarikat.
#Mohamed Nazri Abdul Aziz
#Padang Rengas
#Malaysia
#Amerika Syarikat
#Duta Besar Malaysia
#Kedutaan Malaysia
#Diplomatik
#majlis
#nasi dagang terengganu
#teh tarik
#Rumah Malaysia