Eulogi mendiang Mutang Tagal sentuh jiwa ramai
Rudi Affendi Khalik
Mei 13, 2024 11:28 MYT
Mei 13, 2024 11:28 MYT
MIRI: Perwatakan istimewanya yang mesra keluarga, gemar bermain gitar dan merakam video antara yang menyentuh hati banyak pihak.
Justeru, tidak hairan ramai yang menitiskan air mata ketika mendengar eulogi Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal yang disampaikan tiga anak mendiang Rining, Saran dan Bian Mutang serta adiknya, Sarah Tagal.
Terdahulu, jasad mendiang Mutang selamat tiba di Gereja BEM Canada Hill, di sini, sekitar jam 10.35 pagi ini.
Lebih 1,000 orang menghadiri upacara sembahyang dan penghormatan terakhir ke atas mendiang Mutang.
Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Duta Azerbaijan ke Malaysia, Irfan Davudov, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamad, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Gerawat Gala dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ba'kelalan, Baru Bian.
Mayat mendiang akan dibawa ke Fairy Park, berhampiran Taman Negara Lambir untuk disemadikan sekitar pukul 1 tengah hari ini.