EU bukan Islamofobia - Duta

Bernama
Januari 30, 2023 21:24 MYT
Kesatuan Eropah (EU) bukan Islamofobia dan tindakan kurang ajar pelampau tertentu membakar al-Quran tidak menggambarkan pendirian sebenar blok itu, kata Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kesatuan Eropah (EU) bukan Islamofobia dan tindakan kurang ajar pelampau tertentu membakar al-Quran tidak menggambarkan pendirian sebenar blok itu.
Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas berkata, tindakan dua pelampau Islamofobia yang membakar kitab suci itu baru-baru ini amat menyedihkan dan EU telah menjelaskan pendiriannya untuk tidak membenarkan tindakan sedemikian
"Mesej saya, jangan anggap Eropah sebagai Islamofobia," katanya kepada Bernama di Wisma Bernama di sini pada Isnin.
Rokas yang muncul dalam program 'The Nation' di Bernama TV, menegaskan bahawa tindakan pelampau al-Quran di The Hague yang mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya kedua-dua perbuatan keji itu dan pada Sabtu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia akan mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan segera di seluruh dunia sebagai menjawab "kebiadaban yang dilakukan terhadap kitab suci itu". - BERNAMA
#bakar al-Quran #Islamofobia #dua pelampau #Duta EU ke Malaysia
;