ETP tunjuk kesan positif

Astro Awani
Januari 30, 2013 07:28 MYT
Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan sejak 2010 telah menunjukkan kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kesan itu dapat dilihat melalui pelbagai kejayaan antaranya terbitan tawaran awam permulaan (IPPO) ketiga terbesar dunia.
Jelasnya program transformasi melibatkan perniagaan dan pelabur telah membantu mengenal pasti bidang ekonomi yang perlu pembaharuan bagi meningkatkan daya saing.
Tambah Najib kejayaan pakej dasar tersebut datang bersama program-program transformasi kerajaan dan politik yang membuka ruang dari segi politik dan ekonomi.
Ia secara tidak langsung membolehkan Malaysia kekal berdaya saing dan menarik pelaburan dalam negara.
Beliau sebelum itu merasmikan Hotel Four Season Place Kuala Lumpur, sebuah pembangunan bercampur setinggi 65 tingkat yang menelan belanja RM2.8 bilion.
Hadir sama menyaksikan pelancaran tersebut adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
#ETP #Najib Razak #Perdana Menteri
;