ESSCom keluarkan senarai 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki

Astro Awani
Januari 6, 2021 19:36 MYT
Lima suspek baharu yang disenaraikan ESSCom itu ialah Japs @ Mujafar Sawadjaan; Mujimmar Sawadjaan; Mundi Sawadjaan; Hj Wahad @ Talib serta Barah Udong @ Elvin. - Foto ESSCom
LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) hari ini mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) termasuki lima nama baharu.
Komander ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman dalam kenyataan hari ini berkata, kesemua suspek dikehendaki itu merupakan warga asing dan mempunyai kaitan atau terlibat dalam jenayah penculikan hang berlaku di ESSZone.
Katanya, lima suspek baharu yang disenaraikan ESSCom itu ialah Japs @ Mujafar Sawadjaan; Mujimmar Sawadjaan; Mundi Sawadjaan; Hj Wahad @ Talib serta Barah Udong @ Elvin.
Nama lain yang disenaraikan ialah Apo Mike @ Majan Sahidjuan; Al Munjir Yadah; Salip Mura; Raden Abuh; Marajan @ Manajan Asiri; Sangbas Parisko; Hamsan Pakkan @ Black Cobra; Sabri Madrasul @ Salip Jul; Ben Tatoh Quirino; Jul @ Jul Hasan; Jul Aksan Abdurajan @ Halimaw; Tampi @ Bunju; Long Sahirin; Haibin Mubin @ Apo Kuhambo; Halipa dan Basaron Arok.
Ahmad Fuad berkata senarai nama penjenayah dikehendaki itu dikemas kini setiap enam bulan.
"Daripada 'senarai dikehendaki' sebelum ini, terdapat lima nama dikeluarkan kerana tiga daripadanya ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Filipina manakala dua lagi masing-masing ditangkap dan menyerah diri," katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai agar memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan dan menghubungi Pusat Operasi ESSCom di talian 089-863181/016 atau WhatsApp 013-8803585 dan 019-2305909 untuk sebarang laporan.
#ESSCom #Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah #jenayah #Filipina #Zon Selamat Timur Sabah #ESSZONE #Sabah
;