Erti Merdeka di mata seniman
Irwan Muhammad Zain
Ogos 31, 2019 17:46 MYT
Ogos 31, 2019 17:46 MYT
BEBERAPA seniman tanah air termasuk penyanyi-penyanyi band indie memberikan pandangan mereka terhadap kemerdekaan negara yang menyambut ulang tahun ke-62, hari ini.
Sasterawan Negara, Datuk Seri A.Samad Said berpendapat, masih ramai yang meraikan ia sekadar merayakan tanpa cuba memahami ertinya.
"Tapi bagi orang ramai saya fikir agak berbeda, mereka saya fikir lebih fikirkan tentang keraian, meraikan, untuk iseng-isenglah tapi tidak sampai merenung, bagaimana kita sekarang ini sampai ke tahap itu, tidak ramai," kata Pak Samad.
Manakala pengarah filem tersohor, U-Wei Haji Saari pula berpendapat, individu yang merdeka ialah mereka yang hanya menjawab pada Tuhannya semata-mata.
"Bebas itu belum merdeka, merdeka itu bila dia menjawab pada dirinya dan Tuhan saja, kalau masih bertenggek pada orang lain, belum merdeka," ujar U-Wei.
Perkara yang sama dinyatakan oleh Muhammad Ilham Muhammad Nasir yang juga penyanyi kumpulan Pitahati bila berbicara erti merdeka.
"Untuk saya merdeka yang sebenar adalah bila kita tidak terikat dengan apa pun kecuali yang satu, tuhan, sebab kita setiap hari ada je masalah, bila kita masih ada rasa ada masalah, rasa kebimbangan, kemurungan macam mana kita nak cakap kita merdeka," kata Ilham.
#A Samad Said
#Ilham Pitahati
#Iqbal M
#Johan Jaaffar
#Kimal Margasatwa
#Merdeka
#Satwo
#Shafiee Ramayan
#U-Wei Bin HajiSaari
#Zainal Rashid Ahmad