Eric Paulsen bodoh bila padam tweet hina Jakim, tweet Azwan Bro

Astro Awani
Januari 11, 2015 14:35 MYT
AZWAN BRO: Eric Paulsen bodoh bila padam tweet hina Jakim - Gambar fail
Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty yang juga seorang peguam, Eric Paulsen disifatkan sangat bodoh apabila didapati memadamkan catatan tweet yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun di dalam catatan tweetnya berkata, walaupun tweet Paulsen itu dipadam, ia tidak bermakna kemarahan rakyat negara ini mengenai fitnah itu reda atau dikira selesai.

@EricPaulsen101 had deletd remark on Friday prayer. That didn't mean Malaysians weren't annoyed. Defamatory. Stupidity of the highest order.

— Khairul Azwan Harun (@azwanbro) January 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Paulsen pada Jumaat mengeluarkan kenyataan yang menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.
Azwan dalam pada itu turut menyamakan kebiadaban Paulsen itu sama dengan Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil.

@EricPaulsen101 Typical bigot who rejects Rukun Negara. Same standard and stupidity with Alvin Tan + Ali Abdul Kadir. Ckp sedap mulut.

— Khairul Azwan Harun (@azwanbro) January 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ali kini dipercayai melarikan diri ke Stockholm, Sweden bagi mengelak dibicarakan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui Facebook pada bulan September lalu.
Sementara, Alvin yang sedang dibicarakan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina umat dan agama Islam dalam Facebook pada 2013 dipercayai telah melarikan diri ke Amerika Syarikat.
Azwan turut menyindir Majlis Peguam yang dikatakan 'diam' selepas Paulsen membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.

Lawyer jenis apa @EricPaulsen101? Tuduh tanpa tunjuk bukti kemudian lari. Baling batu sorok tangan. Bangang manusia mcm ni. BarCouncil diam.

— Khairul Azwan Harun (@azwanbro) January 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu Azwan turut menyifatkan Paulsen adalah ekstrimis sebenar selain menyifatkan agama Islam sentiasa menghormati ajaran agama lain di dunia.

For this Malaysians reject this bigot. Islam respects other religions. So do they. But @EricPaulsen101 is extremist. pic.twitter.com/JMlIQQViwJ

— Khairul Azwan Harun (@azwanbro) January 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Gelaran bodoh yang diberi Azwan kepada Paulsen turut disokong Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di dalam tweetnya.

Jika kebodohan itu kesalahan jenayah, saya yakin orang ini tak lepas. pic.twitter.com/ve2RO3LzKD

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) January 11, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Sabtu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan akan dilakukan pasukannya ke Paulsen mengikut Akta Hasutan.
Mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, pesalah boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
#azwan #eric #fitnah #JAKIM #paulsen #pemuda #Tweet
;