Eramin, kokain bernilai RM20 juta dirampas polis

Hilal Azmi
Julai 15, 2015 05:31 MYT
Sebanyak 206.5 kilogram Erimin dan 1.8 kilogram kokain dirampas, wang tunai RM62,940 serta 3 buah kenderaan bernilai RM176,000 turut disita bagi membantu siasatan.
Dadah jenis Erimin dan Kokain bernilai RM20 juta berjaya dirampas Polis Diraja Malaysia.
Kejayaan tersebut hasil risikan dan siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan pasukan khas Special Tactical Intelligence Narcotic Group (STING) berjaya menyerbu sebuah premis yang menjadi makmal memproses dadah di Ampang Jaya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata makmal dadah menjadi pusat pengedaran untuk tujuan pasaran tempatan.
Kesemua barang rampasan yang terdiri daripada bahan kimia dan peralatan berkaitan mampu menghasilkan 1 juta pil Erimin.
"Kita berjaya cekup 8 orang. 3 lelaki cina warga tempatan dan 5 lelaki warganegara Taiwan," tambahnya ketika sidang media di sini hari ini.
Sebanyak 206.5 kilogram Erimin dan 1.8 kilogram kokain dirampas, wang tunai RM62,940 serta 3 buah kenderaan bernilai RM176,000 turut disita bagi membantu siasatan.
Kesemua yang ditangkap dalam lingkungan umur 26 hingga 41 tahun dan direman selama 7 hari di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Polis turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai dan juga kerjasama dengan Ministry of Justice Investigation Bureau (MJIB) Taiwan atas perkongsian maklumat risikan yang menjayakan rampasan ini.
#erimin #kokain #makmal memproses dadah