Equanimity: Harga ditawar Genting terbaik - Guan Eng

Harits Asyraf Hasnan
April 3, 2019 17:17 MYT
Lim Guan Eng berkata penanggungan kos penjagaan Equanimity berjumlah RM14.2 juta dalam tempoh lapan bulan memaksa Kerajaan bersetuju untuk menjualnya. - Gambar fail
Harga yang ditawarkan oleh Genting Malaysia Bhd untuk membeli kapal layar mewah Equanimity adalah yang terbaik.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata penanggungan kos penjagaan Equanimity berjumlah RM14.2 juta dalam tempoh lapan bulan memaksa Kerajaan bersetuju untuk menjualnya.
“Itu jumlah yang besar. Jika kita boleh jual dengan cepat lebih baik kerana kita tanggung RM2 juta sebulan, membebankan kerajaan,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.
Mengulas lanjut, Guan berkata kerajaan tentunya mahu harga yang lebih tinggi tetapi tawaran terbaik diambil berdasarkan tawaran terbuka.
“Seperti anda mahu jual sesuatu, mesti mahu harga lebih, manakala jika mahu beli sesuatu mesti mahu harga kurang,” katanya.
Beliau pada masa sama tidak pasti jika Genting adalah satu-satunya syarikat yang membuat tawaran pembelian Equanimity.
#Equanimity #kapal mewah #Lim Guan Eng #Menteri Kewangan #Parlimen
;