'Equanimity akan dijual dalam tiga bulan' - Tommy Thomas

Isabelle Leong
Ogos 14, 2018 19:08 MYT
Thomas: Jika tiada mana-mana pihak yang mempertikaikan isu pemilikan kapal tersebut, ia dapat dijual dalam masa tiga hingga empat bulan walaupun proses perundangan mengenai isu tersebut masih berterusan. - Astro AWANI/ISABELLE LEONG
Kapal Equanimity akan dijual dalam masa tiga bulan, jika tiada mana-mana pihak yang mempertikaikan isu pemilikan kapal persiaran mewah tersebut.
Peguam Negara, Tommy Thomas berkata kapal yang dikaitkan dengan ahli perniagaan, Low Teck Jho atau Jho Low masih boleh dijual walaupun proses perundangan mengenai isu tersebut masih berterusan.
BACA: 'Tindakan sita Equanimity sah, ikut undang-undang'
BACA: Equanimity: Jho Low perlu bertanggungjawab jika... - Najib
“Jika tiada mana-mana pihak yang mempertikaikan isu pemilikan kapal tersebut, ia dapat dijual dalam masa tiga hingga empat bulan walaupun proses perundangan mengenai isu tersebut masih berterusan.
“Ia akan dijual dalam satu proses yang telus. Kami akan tukarkan aset daripada kapal tersebut dalam bentuk wang, simpan wang tersebut dalam akaun tetap dan pemilik kapal akan mendapat wang tersebut,” kata Thomas.
Tambahnya, tiada mana-mana negara yang ingin menyimpan kapal yang begitu mewah lebih-lebih lagi kapal yang didakwa dibeli dengan dana hasil penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.
Thomas berkata demikian dalam sesi khas bersama Peguam Negara di Persidangan Antarabangsa Undang-undang Malaysia 2018 hari ini.
Dalam perkembangan lain, Thomas berkata beliau belum menerima sebarang arahan berhubung jet peribadi Bombardier Global 5000 yang didakwa milik Jho Low.
#1Malaysia Development Berhad #1MDB #Bombardier Global 5000 #Equanimity #Jho Low #kapal #low teck jho #Malaysia #Peguam Negara #Persidangan Antarabangsa Undang-undang Malaysia 2018 #Tommy Thomas #undang-undang
;