Enam suspek pergaduhan di bengkel Putra Perdana didakwa
Hilmi Malik
Disember 21, 2018 12:34 MYT
Disember 21, 2018 12:34 MYT
Enam individu lelaki yang terlibat dalam kes pergaduhan di bengkel Taman Putra Perdana, Puchong 12 Disember lalu akan didakwa di Mahkamah Sepang hari ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, suspek terdiri daripada dua lelaki bangsa Sikh serta enam lelaki Melayu.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Fadzil berkata, kesemua mereka akan didakwa di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan, menggunakan senjata merbahaya.
Katanya, jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pergaduhan pada 12 Disember lalu itu berpunca daripada tidak puas hati mengenai upah membaiki kereta sehingga berlaku pertengkaran antara pemilik kenderaan dan pekerja bengkel.
Dua mangsa masing-masing pemilik kenderaan serta rakannya dilaporkan cedera akibat dilibas parang dan disembur pemadam api.