Enam suspek kes bunuh dan bakar ditahan

Astro Awani
Mei 12, 2015 14:34 MYT
Mangsa yang melecur seluruh badan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Polis menahan enam susek berhubung kes bunuh dan bakar seorang lelaki di ladang sawit Cherang Tuli, Padang Pak Amat, Pasir Puteh.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata kesemua mereka termasuk seorang wanita ditahan sejam selepas insiden.
#jenayah