Enam rumah teres terbakar di Lipis

Sinar Harian
Februari 12, 2022 06:50 MYT
Enam buah rumah terbabit dalam kebakaran di Taman Pertama. -Foto Sinar Harian
LIPIS: Enam buah rumah teres terbabit dalam kebakaran di Taman Pertama dekat Sungai Kerpan di sini pada Sabtu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian tersebut menyebabkan dua rumah musnah 100 peratus.
Menurutnya, sebuah rumah lagi musnah kira-kira 60 peratus dan tiga lagi membabitkan kemusnahan enam peratus iaitu terbakar di bahagian siling.
"Pihak kita telah menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS 999 pada jam 12.01 tengah hari.
"Kekuatan logistik dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis dibantu BBP Sungai Koyan terdiri 17 pegawai bomba diketuai Penguasa Bomba, Shahrul Nizam Nasir dengan dua jentera pemadam bergegas ke tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Ujarnya, kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa dan kecederaan.
"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," jelasnya api dapat dikawal pada jam 1.09 tengah hari dan dipadam pada jam 3.44 petang.
*Berita asal di Sinar Harian
#rumah teres terbakar #Taman Pertama #Sungai Kerpan #Ismail Abdul Ghani
;