Enam perkara penting pengumuman kadar fi lesen kenderaan elektrik

Astro Awani
Jun 4, 2024 23:15 MYT
Loke mengumumkan pada Selasa, kadar fi LKM bagi kenderaan bebas emisi atau kenderaan elektrik ditetapkan berdasarkan kuasa motor elektrik dan akan berkuat kuasa 1 Jan 2026. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan pada Selasa mengumumkan kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) atau kenderaan elektrik ditetapkan berdasarkan kuasa motor elektrik.
Menurut Anthony Loke, kadar baharu itu akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026.
Katanya, kadar itu adalah 85 peratus lebih rendah berbanding kadar sedia ada, sambil menambah, kadar fi itu juga akan disemak semula setiap lima tahun sekali.
Ia adalah bagi memastikan keberkesanannya untuk menggalakkan peralihan kepada kenderaan bebas asap dan kesannya kepada pendapatan kerajaan.
Berikut merupakan perkara penting yang anda perlu tahu berkaitan pengumuman terbaru ini:
#Anthony Loke #EV #lesen #cukai jalan kenderaan elektrik