Enam pelajar MRSM Sultan Azlan Shah positif COVID-19

Afiezy Azaman
Disember 2, 2021 09:17 MYT
Perkara itu disahkan Pengetua MRSM Sultan Azlan Shah dalam satu kenyataan pada Khamis. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Enam pelajar tingkatan 5 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar dilaporkan positif COVID-19.
Perkara itu disahkan Pengetua MRSM Sultan Azlan Shah dalam satu kenyataan pada Khamis.
"Adalah dimaklumkan terdapat kes COVID-19 positif dalam kalangan pelajar yang melibatkan enam pelajar Tingkatan 5.
"Pelajar Tingkatan 5 yang lain juga telah menjalani ujian saringan dan Alhamdulillah semua negatif.
"Segala SOP sentiasa diperingatkan kepada semua pelajar agar dipatuhi," katanya.
Justeru itu, pihak MRSM SAS memohon ibu bapa menyokong penuh pihak pengurusan dalam menangani bersama situasi ini.
#COVID-19 #MRSM Sultan Azlan Shah #pelajar #Tingkatan 5
;