Enam maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Kota Belud

Astro Awani
Oktober 21, 2016 09:40 MYT
Menurut laporan, kemalangan berlaku sekitar jam 5.50 pagi tadi di Jalan Kampung Pandasan di Kota Belud. - Foto JBPM
Enam maut, lima cedera parah dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kota Belud, awal pagi tadi.
Menurut laporan, kemalangan berlaku sekitar jam 5.50 pagi tadi di Jalan Kampung Pandasan di sini.
Ia membabitkan sebuah Proton Saga, Proton Gen2, Perodua Kancil dan sebuah pacuan empat roda Toyota Hilux.
Mangsa maut di tempat kejadian manakala yang cedera dikejar ke Hospital Kota Belud.
Identiti mangsa dan punca kemalangan masih belum dikenal pasti.
Menurut laporan Bernama, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.59 pagi.
Pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan, katanya.
#enam maut #Kemalangan Kota Belud #lima cedera parah #Perodua Kancil #Proton Gen2 #Proton Saga #Toyota Hilux
;