Enam kes baharu, satu daripada kluster MV Glen. Ini lima inti pati kenyataan media KKM

Faris Danial Razi
September 2, 2020 10:09 MYT
Dr Noor Hisham memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan media pada Rabu. - Bernama
Enam lagi kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini termasuk empat kes import membabitkan individu bukan warganegara yang datang dari Syria dan Indonesia.
Ini lima inti pati kenyataan media Kementerian Kesihatan (KKM) disampaikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:
1) Kes kembali satu digit, selepas enam lagi kes baharu positif COVID-19 disahkan pada Rabu.
2) Satu kes baharu dilaporkan daripada Kluster MV Glen, melibatkan isteri kepada kes positif kluster yang telah dilaporkan pada 30 Ogos 2020 (kes ke-9,332).
3) Seramai 58 orang telah disaring daripada Kluster MV Glen, tiga kes dikesan positif COVID-19, 16 individu negatif dan 39 individu masih menunggu keputusan.
4) 12,870 orang telah disaring di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara
Pentadbiran dari tiga zon terbabit iaitu Zon Kenanga, Zon Mawar dan Zon Melur di Amanjaya, Kedah
5) Tiada kematian dicatatkan, jumlah kematian kekal kepada 128 kes.
BACA: COVID-19: Kembali satu digit selepas enam lagi kes direkodkan
#Kedah #Kementerian Kesihatan #kes positif #kesihatan #KKM #koronavirus #perintah kawalan pergerakan #PKPD