Enam kes baharu dari Penjara Tawau: Ini lima tumpuan utama kenyataan media KP Kesihatan

Fareez Azman
September 3, 2020 18:36 MYT
Enam daripada kes baharu dikesan di Penjara Tawau dibawah Kluster Benteng LD. - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Gambar: Fail
Enam kes baharu COVID-19 dilaporkan di Penjara Tawau? Ini lima tumpuan utama kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Khamis.
1) 14 kes baharu positif COVID-19 dicatatkan, 10 daripadanya jangkitan dalam negara.
2) Enam kes baharu membabitkan Kluster Benteng Lahad Datu dikesan di Penjara Tawau.
3) Kluster Tawar (3), Kluster Bunga (2) dan Kluster Telaga (1) kes pertambahan dicatatkan.
4) Empat kes pulih dicatatkan menjadikan 9,038 kes telah pulih sepenuhnya bersamaan 96.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
5) Empat kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), tiga daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
#banduan #Dr Noor Hisham Abdullah #ICU #jangkitan #Kluster Benteng LD #Kluster Bunga #Kluster Tawar #Kluster Telaga #Lahad Datu #Media #penjara #Tawau
;