Enam individu ditahan gagal patuh SOP: Ini yang anda perlu tahu
Astro Awani
April 3, 2021 19:37 MYT
April 3, 2021 19:37 MYT
KUALA LUMPUR: Tiga individu yang didapati gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera atau secara manual menjadi antara enam yang ditahan sepajang operasi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semalam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua lagi yang ditahan atas kesalahan rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran, manakala seorang lagi atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.
Berikut merupakan antara perkara penting yang dimaklumkan beliau dalam satu kenyataan hari ini:
1. Enam individu ditahan kerana gagal patuh SOP, lima dikompaun, manakala seorang direman
2. Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan lima penyeludup ditahan, serta tiga kenderaan darat dirampas
3. 1,422 individu direkodkan masuk ke Malaysia pada 2 April, semua kini dikuarantin
4. PKPD dilaksanakan di Kampung Binyu Baru, Samarahan dan Kampung Binyu Lama, Kuching di Sarawak bermula 4 hingga 17 April 2021
5. 1,260 warga asing jalani ujian saringan COVID-19, enam daripadanya didapati positif
#ismail sabri yaakob
#SOP
#ujian saringan
#rentas negeri
#warga asing
#COVID-19
#PKPD
#Kuching
#operasi
#pelitup muka
#pati