Enam gerai terbakar, dua kereta hangus gara-gara baling mercun
Astro Awani
Februari 18, 2018 08:26 MYT
Februari 18, 2018 08:26 MYT
Gara-gara padah bermain mercun sehingga tidak peduli keselamatan awam, enam buah gerai jual bunga api musnah dalam kebakaran malam tadi.
Insiden itu turut mengakibatkan dua pemilik kereta jenis Toyota Vios dan Honda City kerugian besar apabila kenderaan mereka hangus.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 11.13 malam di Jalan Mergastua di Kepong Baru, Kuala Lumpur.
Penduduk yang panik dengan percikan mercun dan bunga api yang semakin besar, segera menghubungi bomba.
Menurut Pegawai Kanan 2 Balai Bomba Jinjang, Rosli Arif, sebanyak tiga buah jentera dari Balai Bomba Jinjang dan Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi.
“Anggota bomba jinjang telah memadamkan kebakaran menggunakan satu aliran dua pancutan menggunakan air jentera sehingga api padam sepenuhnya,” katanya kepada pemberita.
Api dapat dikawal pada jam 11.28 malam dan dipadamkan sepenuhnya lapan minit kemudian.
Kejadian dipercayai bermula apabila salah seorang pemilik gerai yang bermain mercun terbaling mercun ke gerai bersebelahan, mengakibatkan percikan api gagal dikawal.
“Satu kedai ada main mercun, lepas tu dia baling kedai sebela.. lepas tu sambung menyambung. Yang bermain mercun tak dapat dikesan, pemilik kedai pun tak datang jumpa bomba.. semua menghilangkan diri,” katanya lagi.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan siasatan telah diserahkan kepada pihak polis.
#bomba
#gerai bunga api
#gerai mercun
#Honda City
#Jalan Mergastua
#Kepong Baru
#main mercun
#terbakar
#Toyota Vios