Tempoh peperiksaan yang masih berbaki beberapa bulan lagi tidak memberi sebarang keinsafan kepada seorang calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) apabila dia ditahan dalam Operasi Ponteng Sekolah pada Khamis.
Lebih malang lagi, murid yang ditahan dalam operasi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Teluk Ketapang di kafe siber itu turut didapati telah enam bulan tidak hadir ke sekolah.
Murid yang dikatakan berdepan dengan masalah disiplin dan pembelajaran itu merupakan antara tiga murid sekolah rendah dan tiga pelajar sekolah menengah yang ditahan, yang bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Ketua Skuad SRS, KRT Teluk Ketapang, Zainuddin Awang berkata, operasi itu dilaksanakan selepas mendapat banyak aduan daripada pelbagai pihak berhubung kes ponteng sekolah.
"Semua pelajar yang ditahan kemudian dirujuk kepada pihak sekolah masing-masing untuk tindakan lanjut.
"Operasi yang kita lakukan ini bertujuan untuk memperkasakan peranan SRS dan dan dalam masa yang sama membendung sebarang kegiatan tidak bermoral melibatkan masyarakat.
"Malah, kita juga ingin meminta agar pihak sekolah untuk memberi kerjasama kepada pihak kami dalam usaha untuk mengekang masalah gejala sosial melibatkan pelajar," katanya kepada Sinar Harian, di sini, pada Khamis.
Menurut Zainuddin, operasi di bawah program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (Face) kendalian Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu itu dibuat untuk mencapai indeks keluarga sejahtera.
Tambahnya lagi, operasi sedemikian akan dijalankan secara lebih kerap sehingga aktiviti ponteng dalam kalangan pelajar sekolah diatasi sepenuhnya.
"Masyarakat juga diharap memberi kerjasama dengan memaklumkan dengan kadar segera kepada pihak kami atau pemimpin penduduk jika didapati kawasan mereka menjadi tempat pelajar ponteng,"katanya.
Sinar Harian
Fri Jul 27 2018
Murid-murid yang ditahan diberikan nasihat sementara menunggu kedatangan guru mereka. Foto Sinar Harian
Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin telah berkenan mengurniakan anugerah tertinggi Universiti Malaya (UM), Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Turkiye anggap Malaysia saudara, rakan kongsi sejati
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan hubungan di antara negaranya dan Malaysia sebagai rakan sejati, saudara dan rakan kongsi, biarpun jarak di antara dua negara terletak di dua penghujung benua Asia.
Beliau berkata, hubungan dua hala di antara dua negara telah ditingkatkan kepada peringkat strategik pada 2014, dan seterusnya menjadi peringkat strategik komprehensif pada 2022, dengan salah satu tumpuan ialah pendidikan dan sumber manusia.
Beliau berkata, hubungan dua hala di antara dua negara telah ditingkatkan kepada peringkat strategik pada 2014, dan seterusnya menjadi peringkat strategik komprehensif pada 2022, dengan salah satu tumpuan ialah pendidikan dan sumber manusia.
Anwar, Erdogan makan malam di Menara Berkembar Petronas
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menghadiri Majlis Makan Malam di Menara Berkembar Petronas.
Kedua-dua pemimpin bersama isteri tiba jam 5.30 petang diiringi Naib Presiden Kanan Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Kumpulan Petronas, Mohd Jukris Abdul Wahab.
Kedua-dua pemimpin bersama isteri tiba jam 5.30 petang diiringi Naib Presiden Kanan Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Kumpulan Petronas, Mohd Jukris Abdul Wahab.
Stok vaksin influenza mencukupi - KKM
Kekurangan stok vaksin influenza dalam pasaran tempatan adalah bersifat sementara saja berikutan permintaan mendadak orang ramai terhadap vaksin berkenaan.
Hari Kastam Sedunia: PM mahu perkukuh integriti
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata beliau yakin dengan keupayaan pegawai dan anggota JKDM untuk terus membawa hasil memberangsangkan kepada negara serta membanteras jenayah penyeludupan dengan lebih berkesan.
Peniaga ditahan miliki pistol tanpa lesen
Polis menahan seorang lelaki kerana memiliki senjata api dan peluru tanpa lesen di sebuah kondominium di Taman Cempaka, Ampang, Selangor pada Sabtu lepas.
Dua lelaki rusuh bersenjata depan pusat hiburan didakwa
Agilan Gunasegaran, 26, dan Anbu Selvan Ganesan, 19 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengambil tindakan dalam rusuhan tersebut.
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.
Tumpuan Selasa – 11 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.
Padah asyik main permainan video, lelaki mati di depan komputer
Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan berdarah di bahagian mulut akibat gigitan pada lidah.