Empat termasuk bayi cedera dalam kejadian kren tumbang

Afiezy Azaman
Disember 13, 2019 20:23 MYT
Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan. - Sumber foto: media sosial
Empat individu termasuk seorang bayi lelaki berusia tiga bulan cedera selepas sebuah kren tumbang ke tengah jalan di Bandar Baru Sentul, ibu negara, pada Jumaat.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.34 petang sebelum 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul digerakkan ke lokasi.
"Setibanya anggota di lokasi 12 minit kemudian, terdapat sebuah kren berantai telah tumbang dan menghempap tiga buah rumah, dua buah kereta sekali gus menghalang laluan jalan raya.
"Terdapat seorang lelaki, dua wanita dan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan mengalami kecederaan akibat insiden tersebut," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Empat orang termasuk seorang bayi lelaki berusia tiga bulan mengalami kecederaan selepas sebuah kren tumbang ke tengah jalan di Bandar Baru Sentul, ibu negara, pada Jumaat. @501Awani pic.twitter.com/Kia4eZC8SC

— Afiezy Azaman_AWANI (@AfiezyAzaman) December 13, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah mengesahkan kejadian dan punca kejadian masih dalam siasatan.
#Bandar Baru Sentul #bayi cedera kren tumbang #BBP Sentul #Hospital Kuala Lumpur #Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #JBPM #kren tumbang
;